Friday 29 April 2016

Ceramah Israk Mikraj

Assalamualaikum para pembaca sekalian.

Tadi, kat sekolah aku ada penceramah luar datang sekolah bagi ceramah pasal Israk Mikraj. Disebabkan masa yang terlalu singkat dia tak dapat nak details kan israk mikraj tu.

Tapi, yang paling dia tekankan ialah tentang solat.

Ya, sebagaimana kau semua tahu dan belajar, Nabi Muhammad naik ke langit ketujuh, malah atas lagi, untuk berjumpa dengan Allah.

Sebab apa?

Ya, tentang solat.

Dia cakap.

"Solat ni bukan benda main-main. Sebab solat ni penting lah sampai macam tu sekali perintah Allah berikan kepada Nabi Muhammad."

Berdasarkan pengetahuan aku, kalau salah beritahu, nanti aku edit balik entry ni.

Pada mulanya bilangan waktu kita solat sebenarnya ada 50. Bila Nabi Muhammad turun dia berjumpa dengan nabi-nabi di setiap lapisan langit. Mereka meminta untuk dikurangkan bilangan tersebut. Sebab mereka tahu, bilangan itu terlalu banyak untuk umat Nabi tunaikan.

Bila berulang kali naik turun lapisan langit. Akhirnya, bilangan waktu solat tinggal 5. Tak salah aku, masih ada nabi yang kata bilangan itu masih banyak. Aku tak ingat nabi siapa. Tapi, itulah dia. Sampai ke hari ini, 5 sahaja waktu solat yang kita kerjakan dalam sehari.

Jujurnya, untuk kita umat akhir zaman ni, berbagai dugaan kita hadapi. Secara sedar atau tidak, dugaan untuk menunaikan solat juga ada. Jujurlah. Pernah ke kita tak skip solat sebab sesuatu hal lain yang kita anggap penting? Pernah. Ya, aku pernah.

Penceramah tu cakap.

"Dalam surah Israk, ada ayat yang mengatakan orang yang solat pun akan masuk ke neraka wail (aku tak tahu ejaannya), sebabnya...."

Maafkan daya ingatan aku yang lemah sebab tak ingat sebab apa. Aku tahu tapi takut salah. Kalau korang pasti dengan jawapan korang, boleh drop your comment. Aku edit balik.

Apa yang aku nak ketengahkan disini ialah orang yang solat pun boleh masuk dalam neraka, apatah lagi orang yang tak pernah solat.

MEMANG MASUK NERAKA kalau dia masih tak bertaubat.

Ingat, solat itu tiang agama.
Solat itu yang akan ditanya bila kita masuk kubur nanti.
Kau seorang dalam kubur, tiada peneman.
Tiada lagi tangguh-tangguh untuk kau mengelak dari menjawab soalan yang diberi.
Kau tak akan ada lagi peluang tu.

Selepas itu, di samping solat, dia mengetengahkan pasal belajar.
Mengapa kita kena rajin belajar lah apa semua.

Okay, aku nak tanya. Korang pernah couple? sedang atau pernah?

Aku harap korang pernah dan serik untuk bercouple.

Buat baya-baya budak sekolah hatta budak U sekalipun, tiada guna korang ber-couple.

Such a waste time. Korang ni peneraju negara masa depan kelak. Kalaulah kita semua cepat dapat rasa matang tu macam mana, kita takkan senang-senang buang masa dengan ber-couple. Memang tak akan ada masa!

Belajarlah. Belajar. Belajar.

Time nilah korang nak belajar, lepas korang habis belajar, korang akan ada di alam pekerjaan. Memang korang akan still belajar, tapi feel sebagai pelajar takkan ada lagi. Sebab kau belajar untuk bekerja.

Fokus pada matlamat.
Teguhkan hati.
Kuatkan iman.

Couple tu langsung tak ada faedahnya. Cukuplah kalau korang pernah. Jangan buat lagi.
Aku tahu, mesti ada sesetengah orang kata couple ni pun membawa manfaat.

Tak weh, tak. Kadangnya tidak. Baik kau tak payah couple la senang. Kalau membawa manfaat pun, contoh, si dia bagi kau semangat nak belajar. So, kau akan lebih proactive and semangat waja nak belajar. Tapi sebab apa? Apa niat sebenar kau? Hahaha. Fikirlah balik weh.

Bila si dia suruh kau solat, baru kau angkat kaki pergi ambil wuduk.
Bila mak bapak kau suruh, kemain liat.

Aku bukan nak menyalahkan kau seratus peratus. Cubalah cari waktu yang sesuai untuk kau mengenal erti cinta yang sebenarnya. Ramai orang dah cemarkan maksud cinta yang sebenar. Cinta tu indah. Cinta tu suci. Jangan kotorkannya.



Aku buat entry ni pun dengan hashtag #notetoself juga ni. Manusia weh. Mudah lupa. Aku harap bila aku tengah down sampai aku tak pedulikan pasal solat, atau aku terlampau busy sampai tak kisah pasal solat, aku harap aku segera sedar.

Dan Penceramah tu ada kata. Rajinkan diri kita untuk baca al-quran, setiap hari.
Biar satu juzuk,
biar satu muka surat,
biar satu ayat sekalipun.

Asalkan kau ada masa nak baca.

Sekian sahaja entry aku buat kalini.
Andai menyinggung perasaan mana-mana, maafkan aku.
Andai aku tersalah di mana-mana, betulkan aku.
Jangan diam.

Aku manusia.
Aku tak boleh baca hati manusia.

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Buat apa tuuu? Meh comment sekejap!

Search