Friday 29 April 2016

Ceramah Israk Mikraj

Assalamualaikum para pembaca sekalian.

Tadi, kat sekolah aku ada penceramah luar datang sekolah bagi ceramah pasal Israk Mikraj. Disebabkan masa yang terlalu singkat dia tak dapat nak details kan israk mikraj tu.

Tapi, yang paling dia tekankan ialah tentang solat.

Ya, sebagaimana kau semua tahu dan belajar, Nabi Muhammad naik ke langit ketujuh, malah atas lagi, untuk berjumpa dengan Allah.

Sebab apa?

Ya, tentang solat.

Dia cakap.

"Solat ni bukan benda main-main. Sebab solat ni penting lah sampai macam tu sekali perintah Allah berikan kepada Nabi Muhammad."

Berdasarkan pengetahuan aku, kalau salah beritahu, nanti aku edit balik entry ni.

Pada mulanya bilangan waktu kita solat sebenarnya ada 50. Bila Nabi Muhammad turun dia berjumpa dengan nabi-nabi di setiap lapisan langit. Mereka meminta untuk dikurangkan bilangan tersebut. Sebab mereka tahu, bilangan itu terlalu banyak untuk umat Nabi tunaikan.

Bila berulang kali naik turun lapisan langit. Akhirnya, bilangan waktu solat tinggal 5. Tak salah aku, masih ada nabi yang kata bilangan itu masih banyak. Aku tak ingat nabi siapa. Tapi, itulah dia. Sampai ke hari ini, 5 sahaja waktu solat yang kita kerjakan dalam sehari.

Jujurnya, untuk kita umat akhir zaman ni, berbagai dugaan kita hadapi. Secara sedar atau tidak, dugaan untuk menunaikan solat juga ada. Jujurlah. Pernah ke kita tak skip solat sebab sesuatu hal lain yang kita anggap penting? Pernah. Ya, aku pernah.

Penceramah tu cakap.

"Dalam surah Israk, ada ayat yang mengatakan orang yang solat pun akan masuk ke neraka wail (aku tak tahu ejaannya), sebabnya...."

Maafkan daya ingatan aku yang lemah sebab tak ingat sebab apa. Aku tahu tapi takut salah. Kalau korang pasti dengan jawapan korang, boleh drop your comment. Aku edit balik.

Apa yang aku nak ketengahkan disini ialah orang yang solat pun boleh masuk dalam neraka, apatah lagi orang yang tak pernah solat.

MEMANG MASUK NERAKA kalau dia masih tak bertaubat.

Ingat, solat itu tiang agama.
Solat itu yang akan ditanya bila kita masuk kubur nanti.
Kau seorang dalam kubur, tiada peneman.
Tiada lagi tangguh-tangguh untuk kau mengelak dari menjawab soalan yang diberi.
Kau tak akan ada lagi peluang tu.

Selepas itu, di samping solat, dia mengetengahkan pasal belajar.
Mengapa kita kena rajin belajar lah apa semua.

Okay, aku nak tanya. Korang pernah couple? sedang atau pernah?

Aku harap korang pernah dan serik untuk bercouple.

Buat baya-baya budak sekolah hatta budak U sekalipun, tiada guna korang ber-couple.

Such a waste time. Korang ni peneraju negara masa depan kelak. Kalaulah kita semua cepat dapat rasa matang tu macam mana, kita takkan senang-senang buang masa dengan ber-couple. Memang tak akan ada masa!

Belajarlah. Belajar. Belajar.

Time nilah korang nak belajar, lepas korang habis belajar, korang akan ada di alam pekerjaan. Memang korang akan still belajar, tapi feel sebagai pelajar takkan ada lagi. Sebab kau belajar untuk bekerja.

Fokus pada matlamat.
Teguhkan hati.
Kuatkan iman.

Couple tu langsung tak ada faedahnya. Cukuplah kalau korang pernah. Jangan buat lagi.
Aku tahu, mesti ada sesetengah orang kata couple ni pun membawa manfaat.

Tak weh, tak. Kadangnya tidak. Baik kau tak payah couple la senang. Kalau membawa manfaat pun, contoh, si dia bagi kau semangat nak belajar. So, kau akan lebih proactive and semangat waja nak belajar. Tapi sebab apa? Apa niat sebenar kau? Hahaha. Fikirlah balik weh.

Bila si dia suruh kau solat, baru kau angkat kaki pergi ambil wuduk.
Bila mak bapak kau suruh, kemain liat.

Aku bukan nak menyalahkan kau seratus peratus. Cubalah cari waktu yang sesuai untuk kau mengenal erti cinta yang sebenarnya. Ramai orang dah cemarkan maksud cinta yang sebenar. Cinta tu indah. Cinta tu suci. Jangan kotorkannya.



Aku buat entry ni pun dengan hashtag #notetoself juga ni. Manusia weh. Mudah lupa. Aku harap bila aku tengah down sampai aku tak pedulikan pasal solat, atau aku terlampau busy sampai tak kisah pasal solat, aku harap aku segera sedar.

Dan Penceramah tu ada kata. Rajinkan diri kita untuk baca al-quran, setiap hari.
Biar satu juzuk,
biar satu muka surat,
biar satu ayat sekalipun.

Asalkan kau ada masa nak baca.

Sekian sahaja entry aku buat kalini.
Andai menyinggung perasaan mana-mana, maafkan aku.
Andai aku tersalah di mana-mana, betulkan aku.
Jangan diam.

Aku manusia.
Aku tak boleh baca hati manusia.

Assalamualaikum :)
Wednesday 27 April 2016

Women also can be stylist with jackets!

Hello and assalamualaikum everyone.
Come here.
Today, we're going to talk about all of you. Yes, you, girl, women and what so ever.

Seriously, you should know that jackets are something that must-have.
Come on.
Try something new!

Jackets can make you more gorgeous, interesting and elegant. Yes, you should try this!

and yeah this dressing also can use for travel. Be simple but nice!


3 MUST-HAVE JACKETS FOR WOMEN TO OWN

It cannot be denied that jackets have their own stylish touch that allows us to transform our look instantly. It does not matter how sloppy we look or how plain our outfit is, with a simple jacket it definitely spices up your whole look. However, some women do not know which jackets are needed and a must-have. So for those who have no idea what to add into your closet at home, check out the three jackets for women below!



         1. DENIM

         Every girl should own a denim jacket as it adds that trendy touch to your casual look. If you are having a bad day, throw on a denim jacket and feel that extra boost of confidence. Besides that, denim will never go out of style. If you want proof, look at how our jeans lasted since the early days of its existence.




          2. LEATHER

       Leather jackets are to die for as no one can ever resist the stylishness it has. You should own at least one in your closet as it gives you that edgy appearance. Pull off that biker chic look whenever you feel empowered and flaunt it everywhere you go. Mix match it with jeans, palazzo pants, shorts or even dresses. The classic black jacket is among the favourite pick among women but if you prefer other colours such as brown for instance, go for it!






          3. VARSITY

      When you hear ‘varsity’, the first thing that comes to your mind is college life! Yes, college life is fun and varsity jackets too. Even if you have started your own career, you can always go back to your memories by wearing a nice varsity jacket design. Be stylish by pairing it with a plain top, simple jeans and boots for the perfect ensemble.






Isn't this too swag?
Hey, don't ever think that women cannot be like male huh!
We also can be stylish as we want!

Hijabista girl?
Yes, you can!

Oh, wanna some more? Really enjoyed this entry?
Check out on THIS

What? yes it's ZALORA guys!

AWH YA I KNOW THEIR STUFF REALLY AMAZING.

Okay, got to go. See you soon! Daahh!

Wednesday 20 April 2016

GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK



Assalamualaikum!
Jom!


http://kathyrbain.blogspot.com/2016/04/giveaway-novel-by-kathy-rbain-cik-akak.html


Sila klik banner untuk join dan info lanjut
GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK



Syarat!!


  • buat entry - done!
  • masukkan banner - done!
  • hantar link entry - done!
  • follow blog - done!
  • follow instagram - done!
  • bloglist - done!

IG : yaziidahazwar
JOM GAIS JOIN HADIAH MENARIK WEH!

AS USUAL, CLICK PADA BANNER!

SEKIAN.

Cinta 100KG Menggambarkan Realiti Kehidupan

HAHAHAHAHAHHAHAHA
Okay, maafkan sifat buruk aku. Belum apa apa dah mula ketawa besar.

Assalamualaikum guys!
Busy ke?
Tak apa, teruskan.
Aku cuma nak review satu drama keluarga ni. Really funny and sesuai sangat untuk seisi keluarga.
Bagi you guys yang dah tengok! Alhamdulillah, baguuiihhh!

Okay, cerita ni mengenai dua sahabat perempuan yang baik yang diperankan oleh Sharifah Amani dan Sherry Al-hadad. Dari sekolah menengah membawa kepada alam kedewasaan. So cute kan!

Di masa inilah mereka menempuhi pelbagai rintangan.

Si Wati which is Sharifah Amani ni seorang yang kalau nak couple, memang dia yang akan go get the guy yang dia suka. Dia memang tak suka omong kosong semua ni. Dia seorang yang really penyayang, manja. Dia ada dua abang dan ya rabbi abang abang dia kelakar gila! Oh ya, Wati is a mekanik!

Si Dian which is Sherry Al-Hadad pula seorang penulis yang berhati steady. Semua benda dia anggap positive je. Dia ada couple dengan Khairul, seorang pilot handsome. Yang dimainkan oleh Fezrul Khan. Kah! Rupanya Rozi, pramugari yang selalu satu kapal dengan Khairul ni ada niat nak rampas Khairul dari Dian. So, biasalah. Tapi, still kelakar okay.

Wati and Dian are really meant for each other. Persahabatan diorang membuatkan aku salute sangat-sangat. Between them ada Tina. Kawan dari U. Tina nilah yang selalu membantu untuk rapatkan balik Wati and Dian bila diorang ni bergaduh. Padahal, gaduh kecil kecil je.

So, one day, Wati ni suka kat mamat gym ni bila dia dah clash dengan ex dia. So, jadilah Sharil (lol something like that) yang dimainkan oleh Zain Saidin. Beria si Wati ni try Sharil tapi tak dapat. Katanya, kawan sajeehh. Yang sangkutnya pula kawan si Sharil ni iaitu Zain yang dimainkan oleh Ungku Hariz.

Wati dan Zain rapat sebab nak try si Sharil. Tetiba jadi rapat bestfriend gittew. Rupanya si Zain ni suka pula kat Wati tapi dia tak berani nak bagitahu. Kalau berani pula, salah timing. Aduuhh! Aku pun duk geram bila tengok cerita ni. Si Zain ni pula bagitahu semua orang yang dia suka Wati tapi tak bagi tahu Wati yang dia suka kat Wati.

Last try Zain untuk confess is Zain lukis gambar Wati. Zain memang pandai lukis. And most of hasil lukisan dia semua gambar Wati. How sweet kan! Tapi, yang beza dia, bawah kertas tu, Zain tulis "Awak + Saya = Kita"

Awww! Kau tak rasa benda ni cute ke doh?

Bila episode akhir barulah diorang ni rasmi couple. Sebenarnya, ada scene Wati marah Zain sebab tak bagitahu yang Zain suka kat Wati. Wooohh tegang gila suasana!

FYI, Tina meninggal dalam 2 eps akhir sebab produk kecantikan yang tak lepas kementerian kesihatan. Kejam betul!

Itu jelah yang mampu aku cerita.

Yang aku nak ketengahkan di sini is,

Friendship.

Guys, please appreciate every single time you spent with your friends. Every single friend. Sebab kau takkan tahu kali terakhir kau akan jumpa dia. Gelak sama-sama dengan dia. Please, kalau gaduh, jangan lama-lama. Aku tahu, gaduh tu adat dalam berkawan. I know. Tapi, jangan lama-lama. Lagi satu, jadi kawan yang berguna sikit. Kalau kau boleh jadi kawan yang time senang ada, time susah hilang. Kau rasa, takkan ada orang buat macam tu kat kau?

Family.

This should be on top actually. Sayangilah keluarga anda. Bergembiralah. Kau takkan dapat kat mana-mana lagi yang sedarah sedaging dengan kau. Kau jangan nak memandai jawab 'saudara seIslam' ya! Tu kes lain. Yang ni pure family. Please appreciate. Luangkan banyak lagi masa dengan diorang. Jangan jadikan ada jurang between you and your  family. Kau akan menyesal di kemudian hari.


Okay, cukuplah. Banyak lagi aspeknya, tapi kalau nak tahu sangat , tontonlah sana! Really worth kau tahu.

Oh ya, kenapa aku cakap Cinta 100KG menggambarkan realiti kehidupan?
Cerita ni tak fake langsung. Kau macam ada dalam tu. Apa yang kau orang rasa ibarat diceritakan kembali.

Cuba bayang logik ke kawan baik sendiri suka kawan baik? Hello! Kau selalu dengan dia. KAWAN. Bagi aku susah pun susah nak nak terima. Tapi, up to you guys nak buat keputusan macam mana.

So, aku kongsi sikit the pictures. Tak banyak, sorry!

Aku tipu. Nak tengok, pergi search sendiri.


p/s: I like wanna crying when this drama has come to the end. I'm in love with Zain anyway! HAHAHA. Ungku Hariz really <3

Okay, assalamualaikum!


Friday 1 April 2016

Aku Bukan BIMBO Drama // Review

Allahu.
Assalamualaikum semua!
Hampir terlupa aku nak review drama ni. Seriously, betul betul terlupa.

So, here the review from me, myself, I, aku, saya, hah apa lagi kau nak.

Dah nama pun review ya, kau jangan nak kacau aku sangat tak setuju dengan pendapat aku. Ini review aku. Dah pergi main jauh jauh.

BIMBO.

Bimbo tu apa weh? Kau dah tahu, tak ingat atau kau baru aje nampak perkataan ni?

Bahasa mudahnya, Bimbo ni untuk gelaran bagi seorang perempuan. Cantik tapi kurang bijak.

Bahasa untuk kau lebih memahami atau lebih menyakitkan hati, "A girl who is stupid, wears lots of make up and is obsessed with boys and clothes."

Menyakitkan? Lol kalau kau bukan tak payah terasa sangat.

So, cerita dia mengisahkan Elsuraya yang dipanggil bimbo oleh sekumpulan lelaki disebabkan dia menjadi model terjun dan memakai pakaian warna warni. Terus kena panggil bimbo. Dan di sinilah kisah bermula bila salah seorang dari sekumpulan lelaki ni kehilangan kunci kereta dan Elsuraya nilah yang jumpa. Hah padan muka!

Si lelaki nilah Dani Ikram. Ingatkan pertemuan mereka hanya sampai situ saja, tapi boleh bekerjasama antara syarikat pula. Well, kau boleh kata benda ni cliche. Aku setuju gak haha lol.

Dah berapa lama camtu, Si Dani ni pula boleh suka dengan Elsuraya yang dia kata bimbo ni hah. Habis dapat gelaran douchebag. Google la kau kalau nak tau maksud dia apa.

Lama-lama punya lama El pun suka kat Dani. Fyi, Dani ni seorang yang straight-forward gila and suka bagi pick up line. Kelakar dia ni. Dalam masa yang sama, El ni ada berdendam dengan seorang lelaki yang bernama Azad. Nak tahu sebab apa? Sebab Azad tak jemput dia masa birthday dia. Yang sebab itu mak bapak dia meninggal. Aku pun tak faham sangat benda ni.

But no worries, aku dah beli novel dia! Fyi juga, ini kali pertama aku beli novel yang ceritanya sudah ada dalam TV. Sebab aku rasa novel dia memang superb gila! Aku dah baca nanti aku review okay hahahaha.

Yang Azad ni pula seorang yang cool, tak suka gaduh-gaduh, dan memang aku suka watak dia dalam ni! Sebenarnya Azad ni dah mula suka kat El tapi dia pendam dan tak tunjuk. One day, dapat tahu yang perempuan yang Dani suka tu ialah El dan Dani tu sebenarnya kawan baik Azad. Here the konflik!!!

Bila El bagi tau yang ada 'super someone' yang nak masuk merisik dia, dia dah jadi panas hati. Gila tak? Orang yang dia suka ada yang minat jugak kot! And dia tak tahu pun orangnya ialah Azad. Azad dengan pun tak tahu sebenarnya macam mana nak terang. So, dia buat kerja gila dengan menghantar rombongan meminang untuk El sebelum 'super someone' tu maju dulu.

And bila dah tahu yang 'super someone' tu Azad, pergh rasa macam apa laa! Kau faham tak bila orang yang kau suka sebenarnya akan disunting dan dijodohkan untuk kawan baik kau sendiri. Pergh sakit kot!

And diorang tak gaduh tumbuk-tumbuk okay. Azad still cool dan terima yang maybe Dani memang untuk El. But, tak lama, dia masih mengejar El bila El yang datang sendiri pada dia. Time tu Dani and El ada masalah. Yang si El ni pula boleh dia berpaling arah ke Azad. Masuk jarum la dia!

Hakikat yang sebenar, rupanya Dani yang angkat call El dan cakap astalavista tu hah. Kau tengoklah cerita tu sendiri. Panjang sangat kalau aku nak cerita semua.

Okay, dahlah. Itu sahaja. Aku memang suka sangat sangat cerita ni!! Sangat worth kalau kau tengok.


  • Kau kena sedar yang dendam takkan bawa ke mati
  • Memaafkan orang yang buat salah dengan kita memang payah, tapi kita kena cuba supaya Allah pun senang nak maafkan salah kita.
  • Friendship is really berharga dan jagalah sementara kau ada 
  • Hormat orang tua. Walau dia ada salah apa pun dengan kau, maafkan dia. Hormat dia. Apatah lagi dia tu baya mak ayah kau
  • Semua benda boleh bawa bincang, tak guna kau nak marah-marah. Takdir, percaya takdir.
  • Jodoh tu tak kemana. Kau relaks je okay!
So, sekiaaannnn!!! Nah, aku bagi gambar sikit. Huhuhuhu.

Elsuraya- Nadiya Nisaa
Dani Ikram- Shaheizy Sam
Muhammad Azad- Zahiril Adzim

Reaallllyyy aaa goooddd actors!! Memang padu ah weh!











Here you go! Best weh cerita ni serius. Kalau kau boleh jumpa aku, aku boleh cerita benda ni aje sepanjang pertemuan kita. LOL hahahahahha.

Nanti aku dah baca novel dia, aku review pula. InshaaAllah.


Nota kaki: Aku ada cakap aku nak review Tundukkan Playboy Itu. Erm, aku tak tengok sangat and not my fav. Cuma aku suka lakonan Alif Satar yang makin mantap! I'm his fans from TPI! Wuuuuu!

Lepas ni cerita Suami Tanpa Cinta. Nanti aku review bila aku dah habis tengok haha. Cerita best ni weh! Shukri Yahaya dan Janna Nick kot! FAV!


Search